Program Pemulihan Dalam Komuniti Logo
PDK adalah ringkasan dari perkataan: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. PDK adalah satu program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk program pemulihan untuk anak-anak istimewa seperti down sindrom, celeberal Palsy, lembab pembelajaran, masalah akal dan sebagainya.Definisi PDK:- Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah satu kaedah pembangunan komuniti untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat. Ianya ditubuhkan atas inisiatif penduduk setempat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat.Objektif PDK:-1. Meningkatkan dan mengembangkan kualiti hidup OKU2. Memberi perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal OKU di peringkat komuniti tempatan3. Bagi memastikan penyertaan sepenuhnya OKU dari segi integrasi sosial dalam keluarga dan masyarakat setempat4.
Memberi peluang kepada OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam dalam diri mereka.5. Supaya masyarakat turut serta membantu dan peka terhadap keperluan, kehendak dan hak OKU sebagaimana insan yang lain.6. Secara tidak langsung, PDK adalahONE STOP CENTRE di mana menjadi tempat rujukan hala tuju JKMSatu jawatankuasa sukarela yang terdiri dari komuniti setempat ditubuhkan untuk tujuan ini. Pegawai JKM Jajahan (PKMJ) akan menjadi Penasihat ke atas Jawatankuasa. Jawatankuasa ini bertanggungjawab ke atas PDK dan Petugasnya.
Program Pemulihan Dalam Komuniti Logo Indonesia
Petugas dibayar elaun sebanyak RM800 dan Penyelia RM1200. Pertubuhan PPDK Insani memohon jasa baik Yang Berhormat / Yang Berbahagia Dato'/Datin, tuan / puan, tuan peneraju korperat, syarikat dan badan amal untuk menyumbang bagi mengisi Tabung Kebajikan PDK Insani supaya melancarkan proses pemulihan dan kebajikan anak-anak istimewa di sini.Mana-mana yang berhasrat memberi sumbangan bolehlah menggunakan dua cara iaitu sama ada:Sumbangan melalui cek berpalang atas nama:JAWATANKUASA PDK INSANI KG.
RAJAatau melalui:No. Akaun: 03-065-6(Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Machang)dan dihantarkan cek atau slip borang wang masuk ke alamat yang tersebut di bawah.Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Insani Machang,P/s 1805, Kampung Raja, Panyit,18500 Machang, Kelantan. PENASIHAT PPDK JAJAHAN:YBrs. Suzieyaty binti SiyudePENYELARAS PPDK JAJAHANYBrs. Norsham YahayaPENGERUSI:YBhg. Noormah binti Mohd NoorTIMBALAN PENGERUSIEn. Mohd Razali bin Md DinSETIAUSAHAEn.
Wan Mohd Zain bin Wan HussinPENOLONG SETIAUSAHAPn. Rohimah SafeinBENDAHARI:En. Mohamed Zin bin IbrahimPENOLONG BENDAHARI: En. Burhan AzizAHLI JAWATANKUASA:Pn. Che Som binti SallehPn. Norliza binti IdrisYM Raja Azizah binti Raja YusofYM Raja Roshaniza binti Raja IbrahimYM Tuan Zuraini binti Tuan MatYM.
Tuan Mohd Adzlan bin Tuan DeramanPn. Siti Rahilah binti Abdul RahmanPn.
Nik Shamsiah binti Mhd. Maziah binti Mansor. PDK - (Pemulihan Dalam Komuniti) adalah satu kaedah pembangunan dalam masyarakat (komuniti) untuk OKU di mana program berupa pencegahan, proses pemulihan dan pembangunan yang dilaksanakan dengan kerjasama aktif ahli keluarga dan penduduk setempat agar OKU mendapat peluang sama rata serta dapat diketengahkan dalam masyarakat. PDK dikendalikan oleh satu Jawatankuasa yang bersifat sukarela ditubuhkan di sesuatu tempat dengan pemantauan dan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah. PDK secara mudahnya adalah kelab, biro atau Jawatankuasa kecil yang sah di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kaedah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR).
Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka surat. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual tersebut ini apabila pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti draf manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan mengubahsuaikan pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar (Expert Group Meeting) anjuran WHO di Manila.
Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di Batu Rakit berasaskan hasil kajian ke atas profile orang kurang upaya yang terdapat di Mukim Batu Rakit. Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk dan Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk daripada sembilan (9) buah kampung sejumlah 17,149 orang.Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275 orang kurang upaya dikenalpasti dan merupakan 1.65% daripada penduduk mukim berkenaan. Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan ramainya melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan Masyarakat ketika itu.
Pemulihan Dalam Komuniti Sarawak
Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenalpasti memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian dan juga disebabkan insiden kurang upayaan yang ramai di Daerah Kuala Terengganu ketika itu. PDK ketika di peringkat pelaksanaan awalnya hanya melibatkan seramai 55 kes orang kurang upaya kini telah meningkat perkembangannya dengan berlipat kali ganda dan melambangkan satu kaedah pemulihan orang kurang upaya di negara ini. Pelaksanaan program PDK boleh dilaksanakan dalam tiga kaedah iaitu: 1. PDK di Pusat (Centre Based) Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4 jam sehari.
OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan 2. PDK di Rumah (Home Based) Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan. Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan. Bertugas 4 jam sehari. Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan 3. PDK di Pusat dan di Rumah (Kombinasi) Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4 jam sehari.
Dalam seminggu, satu hari selama 4 jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.
PDK merupakan pusat pemulihan khas bagi golongan OKU dibawahkendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Antara latihan yang diberikantermasuk Pengurusan diri sendiri, menulis, membaca, mengira dan melukis, latihanvokasional serta pelbagai latihan asas. Tambahnya untuk tahun ini sahaja sebanyak RM1.5 juta telahdiperuntukkan bagi memberi bantuan kepada pelatih PDK manakala peruntukkanbagi membangunkan 32 buah PDK di negeri Kedah berjumlah RM5.6 juta.Dalam pada itu, beliau menyifatkan langkah diambilpengurusan PDK daerah Kuala Muda bagi mengadakan program seumpama ini adalahwajar dan perlu diteruskan.Sementara itu, Pengerusiperhimpunan, Dato’ Hj.
Jkm Logo
Tajul Urus Mat Zain berkata, aktiviti sebegini berjayamewujudkan hubungan baik dan perkongsian di kalangan ibu bapa dan pelajar di semuapusat PDK di Daerah Kuala Muda.